Saya tulis crita ni kerana saya tau..ramai anak murid saya yang mengikuti blog saya ini.Saya harap,critaini akan jadi pengajaran kepada depa.Selalulah bersyukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada yang membantu.
Kisahnya begini...,Di satu hari( lupa tarikh dan harinya),sekolah kami telah mengadakan rombongan pi ke Gua Kelam,Perlis.Kami guru2 perempuan semua kecuali suami saya seorang sebagai wakil lelaki.Guru-guru lelaki l;ain tidak dapat pi pada saat2 terakhir.Kami naik bas rombongan dan apabila sampai disitu,kami bahagikan kepada 2,iaitu lelaki mandi di bahagian lorong sungai,sementara perempuan memilih bahagian kolam yang luas.di kawasan hadapan gua tu.Sedang depa mandi,tiba2 suami saya terdengaq suara seorang ustazah menjerit memanggil2 namanya.7 orang anak murida saya kelemasan!!.Seorang guru kawan saya sedang di runtun oleh murid-murid tu.Suami saya berusaha keras membantu depa,sedangkan ada orang lelaki lain berdekatan memberi alasan tidak tau berenang.Saya menjerit kepada depa,kalau tak tau berenang pun tolong la tarikkan murid yang diselamatkan.Saya memang marah sungguh dengan sikap depa tu.Guru perempuan yang diruntun budak2 telah hilang kain tudung dia pasai depa dok runtun.Semua mangsa menangis dan kami mengambik keputusan utk balik.Semua murid yang lemaih tadi masih menangis sepanjang perjalanan,sementara suami saya dan cikgu tadi basah lencun sebab tak dak pakaian salin.Sesampai sahaja di sekolah,ibubapa depa diberitahu.Tapi,sorang pun tak dak yang berterima kasih kepada cikgu atau suami cikgu yang sudah menyelamatkan anak depa.Ambik anak,dengaq crita,teruih belah!!Sepatutnya depa patut berterima kasih kerana anak depa diselamatkan dengan pertaruhkan nyawa orang lain.Fikir2kanlah...
No comments:
Post a Comment