Tuesday, 10 April 2012

Antara Hidup Dan Mati...

Tahun 2001 adalah tahun yang paling menjadi sejarah dalam hidup saya.Saya diarah doktor utk major operation!Dermoid Cyst-Saya amat terkejut bila doktor mengatakan didalam ovari saya ada kembaq saya!
Ditunjukkan kepada saya hasil scan dimana ada seketoi isi,boleh nampak darah didalamnya,ada rambut dan ada gigi!!Doktor itu menyatakan juga,depa dapat kesan ini setelah saya keguguran anak pertama saya 3 bulan lepaih..Adoi...major operation..Saya terkejut dan takut sangat2,sampai saya nangis dan dipujuk oleh doktor.Doktor laki2 pujuk keriyau lama sikit la..haha.Maka minggu depan tu,saya pun bersiap2la utk masuk wad di Hospital Besar.Saya ingat lagi..macam mana nurse2 layan saya dgn baik sekali,dan kena plak ada sorang tu mak anak murid saya..Tidoq tak lena..makanan terakhir saya mesti pukoi 7.30 lepaih magrib.Lepaih tu kena posa..Saya diam saja,tengok muka makpak saya,arwah adik saya dan suami.Saya tengok puaih2 sebab saya takut sangat kalau saya akan habih umoq semasa operation nanti...Ramai adik badik mai melawat saya malam tu.Keesokkan harinya,pesakit yg nak dioperate akan dipanggey sorang demi sorang.Dah pukoi 12 tgh hari ni..perut dah mula lapaq,awat depa tak panggey2 lagi tak tau.Saya sampai tanya doktor kat situ,awat giliaq saya lambat sangat...doktor kata tak pa..perut kosong lagi senang operate.Kerana lapaq sangat2,saya sanggup dipanggey p operate segera.Tak lama lepas tu,saya pun masuklah O.T(operation teater).rupanya ataih permintaan saya,saya nak tengok hasil operation tu,depa akan bius saya di bahagian tulang belakang.Pembantu lelaki pegang kedua tangan saya sekuat hati,pasai nurse dok cucuk jarum kat belakang badan saya,ubat bius tu akan masuk trkodek2 dalam badan saya,dan ianya agak menyakitkan...patutla depa pegang saya.10 minit kemudian,sorang doktor datang bawa besi berbentuk pisau,cucok2 kat perut saya.Norhafizah ada rasa apa2 dak?Saya habaqla saya tak rasa apa2.O.k kami akan mulakan operation.Nurse yg bertugas mintak saya mengucap 2 kalimah syahadah.Masa tu,ayaq mata saya meleleh2 menyerah diri pada Allah..Kalau tak dibuang,cyst tu akan menyebabkan kanser.Maka saya pun pasrahlah...Pada awainya,saya masih boleh dengaq lagi suara depa,tiba2 saya terdengaq sorang doktor berkata,Her blood pressure rises,we must fully buse her.Sorang doktor lagi,panggey nama saya,Norhafizah bila saya letak kat hidung you sedut ya..Saya angguk perlahan dan lupp,tak sedaq apa yg terjadi.Tiba2,saya ditepuk2 oleh nurse,Norhafizah,beralih sikit kepala tu ke kanan,tengok dalam tin ya..Tudia..dalam samar2 mabuk ubat bius,saya nampak cyst tu.Nurse habaq kat saya cyst saya berat dkt sekilo dan kandung darah...
2 hai jgk ambik masa utk sembuh operate tu.Bayangkan dekat 2 tahun jgkla saya tak boleh mengeliat pasai sakit....Apa2pun bersyukur kepada Allah...2 minggu selepaih operate,keputusan menentukan cyst saya bukan kanser.Alhamdulilah..........

No comments:

Post a Comment