Saturday, 31 March 2012

Pernah Berniaga bazaar Ramadhan tau...hehe

Cuti sekolah jatuh dalam bulan puasa!!.Hah,berita gembira bg diri saya.Saya suka benda2 mencabar(tapi naik bot sorry he,he)Saya nak cabar,adakah kalau saya memasak lauk pauk akan mendapat perhatian orang lain?.Kena test power ni...Maka setelah berbincang dgn keluarga ,saya pun isi borang bandaran,pi injection dan beli semua perkakasan asas,bekas2 nak letak lauk.Bahan basahan saya beli di market borong.Lepas sahur,terus pi market.Fuhh bersesak bakal peniaga.Saya pun yo yo or la,pilih bahan.Balik di rumah terus bersihkan ikan,sayur,ayam dan udang besar.sibuk betoi menyiapkan bahan masakan tapi kalau dah minat memasak ni,saya  apa pun tak pa.Biaq letih tapi puas...selepas asar baru saya dan suami pi sediakan khemah.Masa tu tapak berniaga kami di Jalan Datuk Kumbar jugak.Tak la jauh bebenor dgn jalan ke rumah kami tu.Saya tak ada segan-segan lah..Ada la 2,3 oghang trkejut tengok saya ,'cikgu'berniaga?.Selambe je saya kata saja2la,dah cuti sekolah.Saya takdak la dok panggey2 maila singgah oi..beli lauk saya tu..Tapi ramai yg berhenti dan beli..Alhamdulilah...Kesian kat kawan2 sekolah saya..tiap2 kali mai nak beli,lauk dah habis.....bayangkan tiap2 hari 13 jenis lauk saya buat...Ayam dan ikan goreng wajib ada.Nasi putih pun saya sediakan..sebab ramai budak2 bujang datang beli.sambai belacan wajib ada.Kerabu saya buat 2 jenis,kerabu selom dan pegaga(saya gaul dgn senduk supaya tak cepat basi).Paling cepat habih,ikan cencaru belah belakang.Sambai dia saya masak waktu malam senang nak rasa garam dan gulanya.Masakan lain saya dah tetapkan,berapa sudu nak buboh garam n gula tu.Udang besaq saya buat berkuahkan santan dan taboq bawang goreng diatasnya.Asam pedaih ikan pari wajib ada....Kiranya,saya ada lebih kurang 8 oghang pelanggan tetaplah setiap hari..Sayoq yang paling laku..kangkong goreng belacan.Saya terpaksa rendam kangkong dengan garam terlebih dahulu,sebab berpasir.lepas tu baru saya siang...Rupa2nya,kangkong goreng belacan ni di makan oleh anak2 pelanggan saya pada masa soq sahaja...Depa tak lalu lauk lain..Ada jugak yang pesen bawak tupperware masa beli...Sebenaqnya,dirumah pun ada yg membelinya..Saya bersyukur kepada Allah boleh dikatakan tiap2 hari tak banyak lauk yg tinggal.Saya pulak pesen tak perangat2 lauk utk jualan..Kadang2 saya buat kelainan,buat peria berinti udang(potong mcm gelang bulat2,buboh inti kat tengah...ada jugak oghang cina yg mai beli.Satu hari..ada sorang kakak mai dekat saya..Adik,adik..kak nak tanya adik ni,yg mana lauk yg murah sekali?gas habih dirumah,suami kak pi kerja kak ada duit banyak ni saja..dia tunjukkan duit rm 5 .Kesian saya.Waktu berbuka tinggai stengah jam saja lagi.Saya bungkuskan 3 jenis lauk yang masih ada,sambal tumis ikan termenung,sayoq sawi dan ikan goreng 3 ekoq,Itu sajalah yg ada..Saya bungkuskan nasi putih 4 pek polisterin sebagai sedekah saya.Saya tak ambik duit dia,malah saya bagi rm20 utk dia..kesian sungguh2 saya.sedih bila pikiaqkan nasib dia.Mungkin dia terpaksa tebalkan muka utk bertanya begitu kat saya.Dia mulanya segan sgt2 nak ambik,tapi dah saya paksa,dia ucapkan terima kasih.dari jauh saya nampak dia datang dgn basikal buruk.hmmmm,entahlah.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Aaaamin.hehehe.Kita ada gaji,meniaga tu suka2 saja.

    ReplyDelete