Tuesday, 20 March 2012
Hati Bersih Sebersih Kain Putih
Kemarin pagi,saya masuk ke kelas Tahun 1...Seorang anak murid datang dan membisikkan kat saya 'Teacher..hari ni besday saya.Nanti time sebelum balik abah nak bagi KFC kat kawan2 di kelas..Saya pun mcm biasa kata la...Hui...bestnyerr,KFC hmmmm yummy.Abah nak bagi kat teacher sama dak?.Dia trgelak,tak taula kata dia .Macam biasa2,saya kalau ada anak murid mai habaq,tak banyak,sikitpun mesti saya bagi jgk sikit angpow.Dia pun ucap terima kasih dan balik tempat duduk dia.Selepas mesyuarat lepaih sekolah,saya sedang berjalan bila tiba2 dia coih mai kat saya ...Teacher..,abah bawak mai kfc tu,tapi dah habih...,saya tak boleh nak bagi kat teacher(muka dia nampak muka frust sangat2)Alahai..tak pa aih..,teacher tak suka sangat KFC ni (trpaksa bohong sunat pasai tak mau hati dia terkilan sampai balik umah).Kita mana tau hati kanak yerr.Saya la ni cukup jaga hati budak2 ni,Saya serik.Saya ada crita tentang pasai apa saya nak ambik tindakan kat budak2,saya kena pikiaq habih dulu,baru nak kata..Nanti saya cerita na...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment