Kita jangan sangka,bila kita dah lama mengajaq,kita tak buat silap...Peristiwa ni terjadi di satu hari didalam kelas Bahasa Malaysia tahun 3.Saya bagi tajuk kat murid-murid 'ibu saya'.Selepas perbincangan saya pun biaqla murid-murid saya tu memulakan penulisan depa.Sekali-sekala saya bangun dan pusing satu kelas,tak mau depa bersembang.Bila sampai di bahagian belakang kelas,tiba-tiba ada seorang murid saya tersengih-sengih kepada saya.Dia kelihatan gelisah dan cuba nak sorok karangan dia dari saya.Saya pi dekat dia dan pelan2 tarik buku dia.'Awat kamu tak buat karangan kamu?' Dia masih tersengih kepada saya.'takpa la cikgu..
saya tak reti.Eh,tadi kan kita dah bincang ramai-ramai kan...Saya cuba nak bantu dia jugak-jugak.'Bukakla buku tu,mai cikgu ajaq...'.Dia menelan airliurnya.Awat pulak budak ni,bukan saya marah pun...Sambil dia tersengih dia pun bukak mulut bercakap.'Mak saya ninggal masa saya darjah 1,jadi saya tak tau nak crita pasai mak saya.Aduh,terkedu saya...Melihatkan dia yang masih tersenyum,ayaqmata saya tak tertahan2 keluaq...Cikgu mintak maaf...Saya berlari keluaq kelas dan teresak2 diluaq kelas tu.Kelas jadi senyap.Sesudah saya tenang,saya pergi semula kat murid saya tu.Saya kagum budak sekecik ini masih tabah dan masih lagi boleh tersenyum.Saya kata kat dia...'Kamu ambik tajuk lain na..kamu tulis Cikgu Saya..tak pa,cikgu tak marah aih..cikgu tak tau,Cikgu mintak maaf ya(sambey saya gosok2kan kepala dia).Dari tempat duduk saya,saya tengok dia mula menulis sesuatu,Selepas dari hari tu sampai la ni,saya serik nak bagi tajuk ni dah kat kelas saya.
No comments:
Post a Comment