Saturday, 31 March 2012

Awas!! Tuhan Bayaq Cash!!

Biaqla saya bercakap disini..buat apa saya nak sorok2 akan kebenaran.Ramai kawan2 dah tahu yg saya tidak punya anak.Saya pernah rasa terhina dengan sikap sesetengah orang..khasnya adik beradik la...Bukan depa tak tau,itu semua kerja Allah.Allah yg menentukan segalanya.Tapi,setiap kali berjumpa,itu lah yang depa boleh kata,siap trgelak2 lagi.Kenapa nak gelak2?Kenapa nak sebut kat mak saya,Ih..hampa ni no..takdak cucu sorang pun no..,Mujoqla saya ni Tuhan bg kesabaran yg cukup tinggi.Saya diam saja,Diam saya kerana meluat yang amat,sangat!!.Hati saya selalu menyebut Alhamdulilah jika ada yg menyebut begitu.Saya kesian kepada emak bapak saya la...Kami dah redha seandainya kami tak dak rezeki.Tapi kami jugak punya hati dan perasaan.La ni awat dok mai crita anak cucu hampa buat yg tak senonoh dan pelik2 kat hampa.Terima sajala rezeki Tuhan bagi kat hampa tu!!!.Awas!!!Tuhan sentiasa bayaq cash la ni...Guna lah akai sama bila nak bercakap.Orang berilmu dgn yang tak kita boleh dapat bezanya...Ahh,malas nak ambik peduli dah la ni..

Pernah Berniaga bazaar Ramadhan tau...hehe

Cuti sekolah jatuh dalam bulan puasa!!.Hah,berita gembira bg diri saya.Saya suka benda2 mencabar(tapi naik bot sorry he,he)Saya nak cabar,adakah kalau saya memasak lauk pauk akan mendapat perhatian orang lain?.Kena test power ni...Maka setelah berbincang dgn keluarga ,saya pun isi borang bandaran,pi injection dan beli semua perkakasan asas,bekas2 nak letak lauk.Bahan basahan saya beli di market borong.Lepas sahur,terus pi market.Fuhh bersesak bakal peniaga.Saya pun yo yo or la,pilih bahan.Balik di rumah terus bersihkan ikan,sayur,ayam dan udang besar.sibuk betoi menyiapkan bahan masakan tapi kalau dah minat memasak ni,saya  apa pun tak pa.Biaq letih tapi puas...selepas asar baru saya dan suami pi sediakan khemah.Masa tu tapak berniaga kami di Jalan Datuk Kumbar jugak.Tak la jauh bebenor dgn jalan ke rumah kami tu.Saya tak ada segan-segan lah..Ada la 2,3 oghang trkejut tengok saya ,'cikgu'berniaga?.Selambe je saya kata saja2la,dah cuti sekolah.Saya takdak la dok panggey2 maila singgah oi..beli lauk saya tu..Tapi ramai yg berhenti dan beli..Alhamdulilah...Kesian kat kawan2 sekolah saya..tiap2 kali mai nak beli,lauk dah habis.....bayangkan tiap2 hari 13 jenis lauk saya buat...Ayam dan ikan goreng wajib ada.Nasi putih pun saya sediakan..sebab ramai budak2 bujang datang beli.sambai belacan wajib ada.Kerabu saya buat 2 jenis,kerabu selom dan pegaga(saya gaul dgn senduk supaya tak cepat basi).Paling cepat habih,ikan cencaru belah belakang.Sambai dia saya masak waktu malam senang nak rasa garam dan gulanya.Masakan lain saya dah tetapkan,berapa sudu nak buboh garam n gula tu.Udang besaq saya buat berkuahkan santan dan taboq bawang goreng diatasnya.Asam pedaih ikan pari wajib ada....Kiranya,saya ada lebih kurang 8 oghang pelanggan tetaplah setiap hari..Sayoq yang paling laku..kangkong goreng belacan.Saya terpaksa rendam kangkong dengan garam terlebih dahulu,sebab berpasir.lepas tu baru saya siang...Rupa2nya,kangkong goreng belacan ni di makan oleh anak2 pelanggan saya pada masa soq sahaja...Depa tak lalu lauk lain..Ada jugak yang pesen bawak tupperware masa beli...Sebenaqnya,dirumah pun ada yg membelinya..Saya bersyukur kepada Allah boleh dikatakan tiap2 hari tak banyak lauk yg tinggal.Saya pulak pesen tak perangat2 lauk utk jualan..Kadang2 saya buat kelainan,buat peria berinti udang(potong mcm gelang bulat2,buboh inti kat tengah...ada jugak oghang cina yg mai beli.Satu hari..ada sorang kakak mai dekat saya..Adik,adik..kak nak tanya adik ni,yg mana lauk yg murah sekali?gas habih dirumah,suami kak pi kerja kak ada duit banyak ni saja..dia tunjukkan duit rm 5 .Kesian saya.Waktu berbuka tinggai stengah jam saja lagi.Saya bungkuskan 3 jenis lauk yang masih ada,sambal tumis ikan termenung,sayoq sawi dan ikan goreng 3 ekoq,Itu sajalah yg ada..Saya bungkuskan nasi putih 4 pek polisterin sebagai sedekah saya.Saya tak ambik duit dia,malah saya bagi rm20 utk dia..kesian sungguh2 saya.sedih bila pikiaqkan nasib dia.Mungkin dia terpaksa tebalkan muka utk bertanya begitu kat saya.Dia mulanya segan sgt2 nak ambik,tapi dah saya paksa,dia ucapkan terima kasih.dari jauh saya nampak dia datang dgn basikal buruk.hmmmm,entahlah.

Friday, 30 March 2012

Muridku Tercekik !!!

Saya selalu sampai awal disekolah,seawal pukoi 6.50 pagi..Malas nak adap jem area Kompleks Pendidikan tu,biaqla,awai pun tak pa..Kantin dah sediakan makanan RMT bermula pukoi 7pagi..Sambil saya lalu,sempatla saya tengok...hmmm,Nasik Lemak dgn ayam Masak Kicap ni...One of my feveret jugak.hehe.So,saya tak bertugas,saya tak jagala meja RMT tu...Sedang saya makan di ruang guru,tiba2,saya terdengaq anak murid saya terbatuk-batuk kuat,sambil memegang tengkok dia.Saya tengok dia tak boleh nak bernafas!!.Pekerja2 kantin menjerit panggil saya,cikgu! cepat cikgu!.Melompat saya pi kat dia,tapi dalam hati ketaqla..pasai saya tak tau nak buat apa.Dalam saya panik tu,saya teringat...satu kisah dalam televisyen.Saya peluk budak ni dari belakang,sambey saya tekan kuat perut dia.Mujoqla,budak darjah 2,kecik saja,terangkatla jugak badan dia tu.,saya dukung dengan membongkokkan sedikit badan dia.Kemudian..,saya tepuk2 belakang badan dia dgn kuat,,terpancut muntah dari mulut dia.Budak ni yang asik menangis dari tadi,tiba-tiba berhenti nangis dan mintak saya lepaihkan badan dia...dengan lemah dia kata kat saya..o.k dah cikgu,tak dak dah tulang..Fuh..lega saya...saya pi kat tempat muntah dia,dan kais mencari2 tulang tu kot2 ada...Ya,memang ada,,agak besaq juga n bentuk mcm serpihan...Setelah tangan dan mulut budak lelaki tu saya basuh,saya bg dia minum air sejuk,sebab dia kata kerongkong dia sakit..Saya kesian tengok ayaq mata dia meleleh,ayaq mata saya pun meleleh sama pasai ,tak sangka pulak saya dah selamatkan anak murid saya.Kepada pengusaha kantin saya nasihatkan,biaq ayam seketoi2,jgn dicincang ayam tu...bahaya.Budak tu pun berlalu pergi,tanpa ucapan terima kasih pun.hehe..biaqla..,budak-budak,bisik hatiku.Tapi,keesokkan harinya mak budak tu datang ucapkan terima kasih kat saya,saya kata kat mak budak tu,kalau oghang lain pun akan bertindak macam tu jugakla.Tapi,hatiku kembangla jugak sebab jasaku tetap dikenang.hehe

Kenangan Mengusik Jiwa 15

Dulu2,masa bulan puasa di maktab..kami 4 sekawan ppuan ni mesti bersiap lawa2 baru pi makan soq kat dewan makan.bukan geng Kedah semua..campoq2,kelantan ada,Selangor n Perak.Bila kami masuk dewan saja semua mata tengok kat kami,mana taknya....pukul 4.30 pagi siap pakai lipstick!!!.he,he.Nak coverla konon yg kami ni muka tak mcm baru bangun tidoq.....Bila beratoq nak ambik makanan,member2 lelaki ada yang mengusik,amboi...makan sahur pun bersiap lawa2nya.kami senyumm saja...Tetapi...,satu hari nak dijadikan cerita,kami terlambat jaga!!!.Nak melawa tak dan dah...nak pi dewan makan ada 10 minit saja lagi.Saya suruh member2 masak ayaq,boleh rendam maggi pun cukuplah.buat penahan lapaq seharian.Pasang saja heater utk masak ayaq teruih blackout!!! Saya cepat2 ambik magggi 3 bungkuih tu rendam dgn ayaq masak sejuk.Antara keras tak keras lembut tak lembut maggi tu kami telan jugak2.Pagi tu masa nak masuk kelas,ramai geng yang perasan kami tak masuk dewan masa soq tu tanya kami,wey hampa ni tak boleh posa ka?depa dok gelakk2.Posa la,kami makan nasik beriani,tu yang tak turun tu.....hehe.Soq pagi esok tu,minah2 lipstick kembali ke dewan..hehehe

Thursday, 29 March 2012

Kenangan Mengusik Jiwa 14

Kali ni geng Kedah buat hal lagi..Nak makan sambai belacan yang 'kow-kow'.Depa pujuk saya lagi..Buatla Fizz,kesian kat kami ni.Hang pun tau,hari Sabtu malam mesti Masak Lemak Sotong hidup yang panjang smpai terkeluaq tray tu..mana sedap,tak dak sambai belacan...tak dak benda pedaih langsung .Dahla tengah2 bulan ni..Itu geng laki2 yang 4 oghang,geng ppuan 3 oghang pujuk saya.Hampa ni tiap2 kali nak pasar malam saja hampa perap aku.o.k2lah,nanti aku pinjam batu tumbuk geng2 Sabah tu..Heretla saya batu tumbuk yang berat tu balik bilik saya.Saya dah pi pasar malam.Dok ready nak tumbuk sambai...dah pukoi 6.30 dah,hah,Dok tengah tumbuk pom pam,pom pam .Tup,tup room mate saya masuk bilik.Kak Fizz,puan ...on the way!!.Cepat kak Fizz.Saya cepat2 tolak batu tumbuk masuk bawah katey,pas tu saya baring mengiring depan katey....Assalamualaikum.Ya Waalaikum salam puan.Ada apa puan?(saya masih tak bangun2,maklum,kalau saya bangun,nampakla batu tumbuk bawah katey tu,he,he..Awak sakit ka hafizah?.Letihla puan..main volleyball tadi..(dalam hati,nak trgelak pun ada,ketaqqq pun ada..Ketua Blok oi,Ketua Blok !).Bau apa ni,sedap saja...Erkk,sedap ya puan?? hehe...saya makan rojak tadi.Sorry puan..saya tak bangun2 nih( saya dah mula lenguh,dok ngiring gitu.Awat tak habih2 lagi ni...).Lepas makan nanti,saya nak bawak awak pegi bandar,nak ajak buat barbecue utk blok kita.Puan berani ka?Malam2 ni.K.T tu jauh...O.k ,nanti siap! Dia pun bangun..Hafizah! ya puan(dia dah pi dah ni..dia patah balik!!).Saya gaya nak bangun.Betoi ni awak tak sakitt??.Betoi puan..ni saya nak bangunlah ni.Dia pun belah!Fuh! dah pasti betoi2 dia pi..saya pun apalagi sambung tumbuk sambai tu.Masa pi bagi sambai tu kat geng laki2,saya kata,hampa makan perabih wey,aku sampai sakit2 badan tau nak cover sambai ni!!!...Esok aku crita!!.

Wednesday, 28 March 2012

Bila di pikiaq2kan...Saya antara Ketua Blok asrama yang agak notti ketika itu.....Geng2 Kedah,biasala..kat bilik kelas,pakat dok crita bab makan saja.Tak puaihla makan kat sini (Trengganu,sori As no...)he,he.Lapaq asam pedaihla....lama kita tak makan asam pedaih,itu kata budak laki2.Kami bagi duit kat hang Fizz,hang pi pasar malam,hang buatla apa yang patut.Hampa gila ka wey..aku nak ambik periuk n dapoq kat mana...Geng ppuan plak kata,kan ka budak2 Sabah tu ada rice cooker?.Setelah berdebat sat dgn depa penggemar2 asam pedaih,saya pun pi la pasar malam tu,dgn geng2 ppuan la.Ada jugak budak2 bukan Kedah dok heran,eh,engkau beli ikan kembung Fizz?.Nak masak ke?.saya senyumm saja.Mak bermula lah asam pedaih masak dalam rice cooker petang tu....Kita dok dalam bilik,mana kita tau..Tiba-tiba,saya terdengaq suara warden saya jerit.Sape buat asam pedas ni ha...???(dari tingkat bawah).Melompat saya cabut plug n angkat piyuk sumbat masuk dalam Almari kosong utk baju...Saya dah tau perangai warden saya ni..Dia mesti cari saya.Saya cepat2 lock pintu.Dok kata apa dah dia mai ketuk pintu bilik saya.'Hafizah...hafizah..' 'Ya saya puan..,tapi saya tak bangun,saya bersora macam terjaga tidoq.hehe.Awak ada bau asam pedas tak?'Asam Pedas?,Sapa pulak nak buat puan..saya baru trjaga ni...'Oh..sori,tak pa...dari dewan makan kot.Kenapa bau kuat sangat..Fuhh,dia dah pi...kalau dia taula asam pedaih tu dok dalam bilik saya..,ketua blok yang dia kasihi,mampoih saya!!!.he,he.Malam tu saya seludup la asam pedaih saya kat dewan makan.Geng laki dapat 3 tupperware kecik,geng ppuan 2 tupperware kecik.Dari jauh,geng2 laki angkat thumbs up kat saya,pasai sedap.depa habih dok hirup srupp,srupp.Saya kata kat geng ppuan,Aku tak buat dah wey.Kena tangkap habih la aku...CUBA BAYANGKAN YA..KALAU MASA DOK ASRAMA NI,SEMUA GENG SOK ADA...Mesti best yerr..Asam Pedaih dgn Oghang Kedah tak boleh dipisahkan....

Tuesday, 27 March 2012

Aku pun Notti jugak kecik2 dulu...

Aku pun notti jugak kecik2 dulu.Selalu gak aku kena tibai.Mak aku tibai dengan pokok puding yang dikepaknya depan rumah.Rumah depan taman permainan.Tiap2 kali hujan turun aku dah ada kat situ.Dulu2,hujan,guruh,kilat tak serupa la ni...Mungkin pasai masa tu kami duduk di Spore,kawasan pulau,jadi hujannya tak panjang.Paling syok naik papan longsoq masa hujan,cewah laju je..(kalau aku naik la ni,alamat,tak laju2 le...he,he).Satu2nya perkara yang mengusik jiwa aku,ialah mak aku..Mak aku ni kalau dia tibai aku ka,marah aku ka,sejak aku kecik lagi dia mesti mai kat aku sebelum aku tidoq...Fizah..,mak mintak maaf,tadi mak pukoi fizah.Cewah,aku buat2 pejamkan mata saja..Satg mak aku pantunla nak bagi aku tergelak,Arnab,Arguih,anak che Nab cukup baguih...hahahahahha,aku nak ambik hati mak aku,aku tergelakla.(memang mak aku nama Zainab pun).Mak aku tau aku ni buaih,tapi aku ni pendiam tau..tak macam la ni,potpet potpet.Aku pendiam sampai la aku masuk maktab baru aku cakap banyak,Maha Kaya Tuhan yang memberikan....Alhamdulilah.Hasil didikan makpak aku,sampaila ni kalau mak aku marah kat aku,mak aku akan mintak maaf.Macam tu lah kat diri aku pun,aku akan mintak maaf kat makpak aku setiap kali aku nak balik umah aku,padahai umah kami sebelah2 saja....Ingin aku nasihatkan kawan2 yang ada anak2..kalau marah kat anak2,sebagai ibu bapak tak salah kalau ibubapak tersilap nak mintak maaf kat anak2....depa pun ada hati dan perasaan....

Dah 50 pun masih manja??

Dah 50 begini masih manja??.hehe..begitulah aku.7 tahun(darjah 1) baru dapat adik,mana tak manjanya.Kalau aku merajuk/walau di usia2 tua begini pun,mak aku akan kata kat bapak aku 'Alah..si Fizah anak hampa tu?.Dia merajuk sat saja tu..,tengokla,sat lagi dia mai balikla tu'.Itu bapak aku yang bagi tau,sebab,aku geng bapak aku.He,he,he..Memang betoi pun,sat lagi dalam satu jam,aku akan menapak semula kat umah makbapak aku.Aku tengok,muka mak aku macam nak tergelak saja,aku pun nak tergelak,tapi itulah rahsia keakraban kami anak beranak.Kami akan sembang macam tak dak apa2 yang berlaku.Let bygone be bygone.Jangan bygone jadi ridsect!!!.Bapak aku pulak,kalau dia sakit,tak mau makan ubat,sat lagi,adala calling2.'Hang mai lekaih Fizah,pak hang tak mau makan ubat.Hah,macam Superwoman aku 'terbang' pi .'Bapak..awat bapak tak mau makan ubat ni..,sat lagi koi teruk...Fuh,tak sampai 5 minit saja,sahih dia makan ubat depan aku.Aku ingat2 aku dah 'cerdik'la walau aku baru umoq 7 tahun.Hari mak aku bawak balik adik aku(arwah),aku punyala merajuk,punyala 'muncung',jeles tengok mak aku dakap adik aku.Lupa..hehe,mak aku balik dari Hospital Changi Spore,bersalin kat situ.Aku tidoq jugak ataih katey,tapi dok ujung2 saja,sebab sedih.Esok pagi aku ada di mana tau?,kat bawah katey...hehehe.La ni kalau jatuh katey,jangan harap boleh jatuh pi bawah kateyla.hahhahaha..Aku bersyukur makpak aku masih panjang umoq.Sejak kematian adik, aku,bertambah dimanja2kan depa.Aku  pun insaf kini,hanya pada akulah depa nak bermanja,adik lelaki aku,nun jauh di Shah Alam bersama isterinya.

Kenangan Mengusik Jiwa 13

Seorang kawan menceritakan,macamana dulu-dulu cikgu2 nak jimat duit supaya budak2 tak payah beli t.shirt banyak kali.Beli saja singlet putih pastu celup macam2 kaler....ikut warna pasukan...Saya teringat..saya pun pernah cikgu saya buat macam ni..Punya la seronoknyerr,maklum,budak2.Nak lari masa sukan,tapi takdan,tak dan dah...Siap pakai lagi satu petang tu.Kat kampung dulu2,mak asyik suruh pi kedai naik gerek..apalagi,bolehla menerai satu round baju tu.Saya pun pi la kedai..agak jauh jugak la.Tiba-tiba hujan mulai turun,saya on the way nak balik dah.Saya mula perasan sesuatu,apa ni...tangan aku hijau habih ni...rupa2nya,kaler hijau baju saya dah mula turun,habih badan,tangan saya jadi hijau!!!.Saya punya la malu...Kayuh gerek tak berenti dah.Memang,bila diingat2kan balik macam Incredible Hulk saya masa tu...Sampai dirumah habih semua pakat gelak kat saya.saya keriyau lagi sakanla.hehe

Monday, 26 March 2012

Cikgu mintak maaf....................

Kita jangan sangka,bila kita dah lama mengajaq,kita tak buat silap...Peristiwa ni terjadi di satu hari didalam kelas Bahasa Malaysia tahun 3.Saya bagi tajuk kat murid-murid 'ibu saya'.Selepas perbincangan saya pun biaqla murid-murid saya tu memulakan penulisan depa.Sekali-sekala saya bangun dan pusing satu kelas,tak mau depa bersembang.Bila sampai di bahagian belakang kelas,tiba-tiba ada seorang murid saya tersengih-sengih kepada saya.Dia kelihatan gelisah dan cuba nak sorok karangan dia dari saya.Saya pi dekat dia dan pelan2 tarik buku dia.'Awat kamu tak buat karangan kamu?' Dia masih tersengih kepada saya.'takpa la cikgu..
saya tak reti.Eh,tadi kan kita dah bincang ramai-ramai kan...Saya cuba nak bantu dia jugak-jugak.'Bukakla buku tu,mai cikgu ajaq...'.Dia menelan airliurnya.Awat pulak budak ni,bukan saya marah pun...Sambil dia tersengih dia pun bukak mulut bercakap.'Mak saya ninggal masa saya darjah 1,jadi saya tak tau nak crita pasai mak saya.Aduh,terkedu saya...Melihatkan dia yang masih tersenyum,ayaqmata saya tak tertahan2 keluaq...Cikgu mintak maaf...Saya berlari keluaq kelas dan teresak2 diluaq kelas tu.Kelas jadi senyap.Sesudah saya tenang,saya pergi semula kat murid saya tu.Saya kagum budak sekecik ini masih tabah dan masih lagi boleh tersenyum.Saya kata kat dia...'Kamu ambik tajuk lain na..kamu tulis Cikgu Saya..tak pa,cikgu tak marah aih..cikgu tak tau,Cikgu mintak maaf ya(sambey saya gosok2kan kepala dia).Dari tempat duduk saya,saya tengok dia mula menulis sesuatu,Selepas dari hari tu sampai la ni,saya serik nak bagi tajuk ni dah kat kelas saya.

Betoi ka,Cikgu-cikgu Kena Tau....

Kejadian ni berlaku semasa saya baru 5 tahun menjadi cikgu.Saya ada kenduri di rumah adik beradik.Tiba2 orang yang sepatutnya menguruskan meja pengantin tidak sihat.Semua orang kecoh.Semua orang panik.Nak belah buah tembikai pun tak reti,semua takut tersalah belah.Tiba2 saya menjadi perhatian..Uits,why me?.hehe.So...saya pun yo yo or la ambik buah tembikai n pisau tu.Ketaq ni tak tau nak habaqla,pasai time knduri ramai oghang dok perati.Cewah,belah buah mcm profesional saja..Mula2 belah 2.hehe,lepaih tu takkan nak belah 4 kot.hehehe.Otak saya ni cepat2 rewind balik,gambaq2 perkahwinan kat majalah.Wah,dah jadi mcm raga la. kata budak2 kecik.Sah! tercapailah sudah objektif ku,budak pun boleh kenai...he,he.Setelah kugubah dapatla puji-pujian.Depa lupa kot sapa mak saya.Mak saya terima banyak tempahan buat hantaran,(kemana tumpah kuah kalau tak ke nasik)kan....Dah kalut sapa nak pi jaga meja pengantin pulakkkk.Lagi sekali saya jadi sasaran.Saya relax saja bab2 sambut ni..saya kan cikgu,dah berapa kali sambutan majlis kat sekolah.Maka saya lah sambut pengantin,saya jugakla yang tolong potongkan ayam golek.Saya bagi yang isi semua kat depa,saya simpan bahagian peha kat saya.ha,ha.Sapa suruh I incharge?.mestila I ambik my favourite partla....Lepaih tu,saya tanya depa,DJ tak mau rehat ka?kalau nak rehat saya nak ganti...hihihi..terlebih sudah!!!

Saturday, 24 March 2012

Ada jugak kisah sedihku....

Selama saya mengajaq ni,saya telah kehilangan 2 orang anak murid.Yang pertama,dah form 5.Satu petang,saya dan beberapa orang guru lain sedang berkumpul rumah sukan.Tiba2 sebuah motor lalu dengan lajunya berdekatan kami...Budak yang membonceng dibelakang seperti hendak melayah,sambil melambai-lambai kearah kami,Cikgu!!Jerit dia,Bye!Bye! cikgu! Kami yang masih mengenali dia,membalas lambai...Hanya seminggu selepas peristiwa tu,saya terima berita dia eksiden dan meninggal.Lembut lutut saya mendengarkannya.Walaupun rumah dia agak dekat dengan sekolah,tapi saya tak sanggup memberikan penghormatan terakhir saya..Saya menangis sambil membaca surah Yaasin utk dia..Sejak peristiwa itu,saya selalu nasihatkan anak2 murid saya agar hati2 bila membonceng motosikal.Duduk dibelakang kalau tidak pegang betul2 boleh terjatuh dan terhempas diatas divider.begitu jugak kematian anak murid saya yang ke2.Dia naik basikal utk pergi sembahyang Jumaat.Dia melintas traffic light tanpa melihat kiri kanan dulu,mungkin ajal memang sudah menantinya,Alfatihah utk mereka berdua..Saya sangat sedih kehilangan 2 anak murid yang baik.Allah lebih sayang pada mereka.

Macam-macam Pesen..he,he

Selama saya mengajaq  23 tahun ni,macam2  pesen budak2 yang saya jumpa..Antara yang paling saya nak tergelak sekali yang KITA TAK BOLEH SEBUT NAK BAGI KERJA SEKOLAH kat dia...hahahahahaha,lawakla..Anda bayangkan,tiap2 kali nak habaq tentang kerja sekolah cikgu kena pi ambik bakul sampah dulu letak tepi kerusi dia duduk,baru boleh bagi arahan.Pastu satgi dia muntah uwerkkkkk dalam tong sampah tu.Bukan budak kecik tau..budak drjah 5 masa tu.Tak taulah,penyakit ka psikologi ka...dah kereja n kawin dah kot la ni..Agak2 ada dak anak2 dia yang keturun penyakit dia tu...he,heTringin gak nak tahu...

Murid dulu..murid la...

Tahun 1 2011.Saya sedang sibuk melayan anak2 murid yang sedang berbaris di meja saya.,bila tiba2 2 orang anak murid datang dan...'Please teacher,may we drink water at the canteen?'.Why at the canteen?.You cannot go to the canteen right now...Go and ask makcik at Pra for some water',Empphh kalau teacher dulu2 kan,teacher minum saja ayaq paip tu tau.saya terus potpet potpet dengan budak2 yang ada kat meja saya.Selepas 10 minit,saya terdengaq suara budak laki2 dok bersembang.'Sedap O...ayaq tu..Eh,mak kita tak bagi minum tau kalau kat rumah.Sedap kan??.Nanti ayaq kita habih lagi kita minum lagi anak'.Alamak!!.alamak!!.
Budak-budak tu dah trdengaq cakap saya tadi agaknya..Saya berdoa janganla depa sakit perut satg...Baru kita tau,betapa masa kita budak2 dulu mana ada pantang larang dah..kita pi PJ,pastu kita langgah ayaq pancoq saja lepaih tu...

Friday, 23 March 2012

Doaku....Untuk Sahabat baik ku...

Ya Allah. ya Tuhanku...Aku tahu sahabat baikku takkan membaca doaku ini...Biarlah..Doa untuk seseorang sahabat tanpa pengetahuan,adalah lebih baik bagi diriknya dan juga bagi diriku.Sembuhkanlah hatinya Ya Allah.Berilah kesihatan yang baik kepadanya.Engkau berilah kebahagiaan kepadanya..Berilah juga kejayaan atas apa2 yang diusahakannya.Ya Allah,sesungguhnyaNya engkaulah yang Maha Mengetahui akan segala2 yang berlaku.Semoga persahabatan kami kekal abadi keakhirnya...Aaaamin.

Paling Lawak Di Abad Lalu..he,he

Saya diberitahu seorang kawan...,ada orang nak mai 'menengok' saya kat sekolah.Trgelak saya nih..Nak mai menengok hari ada perhimpunan.Cis,saya yang dah tutup rapat hati saya selama ini..tak berapa mau la orang nak buat macam tu...Nak dijadikan crita,saya kena bertugas bercakap pada perhimpunan minggu depan tu,maka saya tak seronokla sangat2.Mungkin kawan saya ni dah tau kot saya bertugas,diala yg habaq kot..Maka hari yang dinantikan pun tibala..Selalunya saya ni bab2 bercakap diperhimpunan cukup terra la...Dah jadi macam ni berpeluh jugaklah saya.Masa saya naik ataih pentas,tiba2 saya ternampak 3 orang sedang duduk kat pondok depan tu.2 perempuan sorang laki2.Hah,ni sahih dah depa nih.Saya nekad.Tajuk saya kena bercakap pulak bab disiplin,maka saya dengan cengaynya dok bercakap bab disiplin.Amaran demi amaran saya bagi,ha,ha.Tak dak lawak2 punya,padahai saya kalau bercakap mesti saya cakap yg lucu2...Selesai perhimpunan,saya masih buat derkk saja kat depa tu,buat nampak tak nampak saja.Saya terus masuk kelaih n mengajaq.hahahaha..kawan saya mai habaq kat saya,depa tak jadilah nak mai kira saya,pasai saya cengay(garang!!!Utk kawan2 yg diluar Kedah cengay means garang).Berjaya jugak saya,ye,ye...Tapi pernah ka anda dengaq crita macam ni?.he,he

Kenanganku,tapi ada kawan dah tahu...

Masa saya di Tingkatan 3 dulu..Saya telah dipilih jadi model SPM utk lukisan Potret.Saya pun tak tau,apala yang pihak sekolah nampak kat saya ni...Ketaq saya bila sorang cikgu datang bawak baju mcm gaun,suruh saya ikat tocang 2 rambut saya dan pakai baju tu time periksa pukul 2 petang esok.Saya pun pi la ke kelas yang dimaksudkan esok tu..,tak dak mekap2 dah mcm yg disuruh cikgu.Rambut yang ikal mak saya ikat kuat2 rasa macam nak trcabut kulit kepala.Saya disuruh sain sehelai surat.Ketaq jugakla bila disuruh duduk kat kerusi cikgu sambil tangan diletak di atas meja tu.Yang pelajar2 SPM time tu dah bising2 dah pasai saya ikat tocang!!!depa kata susah!!.Yang tak komplen tapi senyum...saja anaknda Sultan Kedah Tunku Intan Suraya.Cikgu suruh saya beralih sikit tengok ke pintu.Saya di suruh senyum sikit.Saya pun senyum la mcm gambaq profile saya tu..hehe(dan lagi habaq o...).Kemudian pelajar2 tu ambik la angle yg depa suka.Ingat syok ka?.Urghh 2 jam setengah oi....Sejam pun saya dah tak larat dah..tapi nak buat mcmana...Sakit pala pulak dahla.Ya la..asyik dok tengok sebelah n senyum sapa tak pening.Nak dijadikan crita,doa saya dimakbulkan Tuhan.Tiba2 kawan sekelas saya lalu...Saya panggey dia dgn mulut yg tak boleh bergerak2.Bayangkan betapa siksanya saya nih...saya mintak kawan saya cari sat sapa2 ada minyak cap kapak.10 minit selepaih tu,kawan saya mai balik dia kata tak dak.Nak bergerak sikit pun tak boleh,pelajar2 tu komplen.Cikgu yang jaga periksa tak larat gelak kat saya ni..Saya main signal2 mata kat dia bila saya nak bergerak sikit.Mujoqla budak2 tu habih cepat.Saya pun dipanggil cikgu dan diberi rm 80 oleh lembaga pepriksaan .....duit tu saya buat apa tau?.Esok tu saya tak pi skolah..,mak saya bawak pi klinik pasai saya demam sakit urat.hahahahaha...

Pucat aku,berderau darah aku....

Saya masih ingat lagi masa saya dok mengajaq di SKBH.Baru keluaq maktab..maklumla,bersemangat waja la...Saya dah plan nak buat Television Set..konon2 nak ajaq budak2 drjah 4 jadi pengacara tv la..In English pulak tu...Saya dan budak2 seronok angkat dan susun meja utk pelajaran hari tu.Skrip pun saya siap dah.Saya kena demostrate dulu la baru budak2 boleh ikut.Saya dok sempoi la kat  celah tv ciptaan kami tu..Betoi2 bawah meja kaki meja tu..Saya tengah dok baca skrip News on air,bila tiba2 saja saya trnampak guru besaq dok iring seseorang yang pakai coat.Pucat muka saya,hah berderau darah saya,yang lawaknya selambe aje saya kata we will continue this news after this break,tiba2 saya menyanyi lagu iklan sabun Zaitun....(yang popular dulu2,Begini lagu tu Sepuluh tahun yang lalu,Zaitun siap dengan dok action lagi) budak2 punyala gelak tngok saya .Dalam hati saya alamak,alamak Gb dan orang ppd tu pun trgelakla...Pas tu saya berjalan pi kat gb dan pelawat tu..Tahniah cikgu dengan idea gila-gila tu.....he,he.Gila-gila aku pun 'kembang'la jugak bila dipuji...

Saya,sebelum jadi cikgu......

Saya dulu pernah kerja di sebuah syarikat yang beribupejabat di Ipoh.Masa tu kat taman di area Bkt Pinang ni depa sub contractor saja under Japanese Fudo Company.Buat Hiway yang Hutan Kampong tu..Saya kerani saja kat situ...segala bil2,resit2 lori bawak trip angkut tanah pi site,pendek kata,kerja2 perkeranianlah saya buat .Office kami masa tu,rumah taman 2 tingkat,di atas utk penginapan Engineer cina yang dah berumur,sementara bilik lagi satu pulak utk pembantunya melayu yang duduk situ dgn bini dan seorang anak.Lega saya..tak la saya ni takut sangat bila semua staff laki2 pi kereja.tapi kalau bos saya suami isteri nak mai,fuhh seronokla saya..saya akan diajak jugak2 ke site Hutan Kampung tu.Baguih betoi bos2 saya ni.Jutawan tapi mesra,baik hati sangat2.wife dia pulak boleh cakap cina .Boss2 cina yg mai mesyuarat pun kagum dengan dia.Boss saya kata,sbg kerani,jangan dok di pejabat saja,you kena rasa atau feel..sendiri,macamana bangganya kami dapat tender ni...Cewah,bila di site saya sampai dengan boss2,staff laki2 yang tengok saya senyum2 nak trgelakkan saya.Dah balik office,petang masa berkumpul ramai2,depa cakap sindir2 kat saya..Wey yang mai dgn boss tadi tu  ,siap cekak pinggang tadi,bini bos nombot 2 ka???.hahaha,depa pakat gelak kat saya..Saya mati kuman la,pasai staf laki2 10 oghang semua,saya sorang saja 'adik perempuan' depa kat situ.he,he

Thursday, 22 March 2012

Sayangku tak kira bangsa...

Satu hari.(..maaf,tak ingat dah tahun bila.),aku nak start kereta dah nak balik sekolah.Masa tu aku ternampak sorang laki2 melayu dok marah kat anak murid aku,budak India.Dia tepih2 kepala budak tu.Kesian budak tu aku tengok,dok menangis.Pantang tok nenek  aku orang buat kat budak2 mcm tu.anak murid aku pulakk tu!Cis.Dari jauh aku jerit kat laki2 melayu tu.Hoi,apa hal ni?.Aku tak kira dah aku pi kat depa sambey tarik tangan anak murid aku..Cikgu jgn masuk campoq,dia ludah kasut anak saya tadi.Betoi kamu ludah? tanya aku kat budak tu..Bukan saya la cikgu,budak darjah 4 yg ludah,saya tengok saja tadi.Encik ni dah salah oghang ni.Saya tanya anak laki2 dia darjah 2 dok dibelakang dia.Abang ni ka ludah kasut kamu??.Budak tu geleng kepala.Hah,sah bukan budak ni.Lain kali cik tanyala anak cik dulu..Kalau pak budak ni pi  report,dah jadi kes ni...Tak mintak maaf pun,belah gitu saja..Budak tu aku tolong hantaq balik umah dia,area Aloq Semadom.Member2 saya kata  apa tau..fizah kalau you brtanding area Aloq Semadom sahih u menang!!,he,he

Tahun pertama di SK Tunku Abdul Halim

Saya kena kejutan budaya di sekolah Halim ni.Mana tak gitu?!!Semua murid2 dia laki2.Masa saya mula2 masuk tak tentu arah jugak saya,.maklum,masuk kelas thn 6 .Saya pulak belum kawin lagi..anak2 murid dah besaq2.Urghh,terpaksala saya buat derkkk saja,padahai naluri seorang perempuan,malu tu tetap adala.he,he....
Satu hari...saya masuk kelas macam biasa.Uitss ada sekuntum bunga ros merah diatas meja!!.Saya suspen gak nak pegang,saya tolak ketepi dan tak ingat dah hal tu selepas itu.Wah,rupanya tiap2 hari ada bunga di meja saya.Sapa pulak yg dok boh ni...Saya mula susah hati..kalau tngok ke cara jenis mcm2 bunga sahih oghang yg boh bunga ni budak2.he,he,he.Semua bunga2 tu mai dari kawasan sekolah.Ros la,allamanda la,bunga kertas pun ada.Saya tak berani sembang2 hal ni dgn mana2 cikgu sebab malu...
Satu hari...saya pi awai ke sekolah,saya masuk bilik darjah saya sambey dok mengemas2 buku kat almari belakang.Tiba2 saya ternampak murid yang mai buboh bunga tu!!.ha,ha..terkejut dia saya caught red handed dia dgn bunga.Dah kantoi..saya suruh dia tunggu dulu.Sementara loceng tak bunyi lagi,budak2 lain tak masuk lagi..Pucat gak la dia..Saya pun tak kan bodoh..dia 'crush' kat saya,puppy love,he,he.Saya tak tanya dah sebab dia boh bunga tu.Saya nasihat kat dia macam2..macam mummy love.hahahaha.Selepaih tu dia tak boh bunga dah.Yang syoknya budak2 laki2 ni,rupanya..semua budak2 kelas dia tau dia crush kat saya tu!!! Saya ingat depa tak tau...Ala...cikgu,kami semua tau awai lagi...Saya 'tabik spring'la kat laki-laki(zaman tu la....haha) .Yang paling,paling,paling syoknya,saya trjumpa anak murid saya ni setelah 15 tahun tak jumpa..dia tegoq saya.Dia dah kawin dan dah ada anak sorang.Saya pulak yg malu,sebab tak kawin2 lagi..he,he.

Separuh bas Hutan Kampung.....


Separuh dari bas Hutan Kampung adalah anak muridku...Anak2 murid SK Bukit Hijau naik bas tu pada Hari Raya Puasa 1988.Akan kukenang sepanjang hayatku.Mana tidaknya...,depa mai dari pagi pukul 10 sampai ke pukul 4.30 petang.Riuh rendah rumah aku,yang masa tu di tingkat 5 Flat Alor Malai.Dengan kawan2 family,dengan kaum keluarga terdekat,dengan depa 15 oghang,wah..saya rasa,mcm saya seorang artis!!he,hehe
Saya jamu depa makan macam2,maklumla raya...Saya terharu sangat2,budak2 tu bukannya datang dari keluarga yg senang.Tapi depa share duit utk mai rumah saya.Saya tau antara depa ada yg susah sangat2,tempat basuh pinggan dirumah depa cuma di pelenggaq saja(depa bagi tau kat saya depa seronok basuh pinggan dirumah saya sebab ada sink).Mak saya ada marah kat saya,biaq depa basuh tu...Tapi saya kata kat mak saya,biaqla mak..depa bukan ada semua tu.Saya dah pastikan depa makan apa saja yg ada..saya bagi duit raya...dan,saya jugak bagi duit tambang bas asing2.Saya pi hantaq depa kat tepi jalan.Ramai2 kami tunggu bas Hutan Kampung.Separuh bas HK adalah muridku..Bila bas nak bergerak bukan depa saja jerit bye,bye teacher,habih semua abang2 askar yg ada kat bahagian belakang bas tu bye,bye kat saya sama.Ha,ha lawakla....

Wednesday, 21 March 2012

S.K Bukit Hijau (2)

Saya masih ingat lagi., pada satu hari tu..Penolong Kanan sekolah saya dok berlawan jerit dgn sorang waris.Waris marah cikgu pukoi tangan anak dia,adala trkena bahagian tulang sikit,bengkak la sikit.Waris tu kata kat depan pagaq,aku bawak mai parang nanti.Saya yg baru 2 bulan mengajaq ni,ketaq dengaq dia kata macam tu...Tiba2 P.K kami bawak keluaq parang panjang.Dok tayang kat waris sambey kiliaq2 la konon.Nak trgelak pun ada..he,he.Waris tu pun belah dari situ.PK tu kata kat saya,cikgu jangan takut,kat sekolah kampung ni memang kena buat mcm ni..Waris agak kasaq..Parang ni saya pinjam kat stor pekerja lama dah,dok simpan utk benda2 mcm ni la...Urghh.Saya tetap takutle...

Tempat Jatuh Lagi Di Kenang


Masa saya mula2 posting dari maktab dulu...Saya ditugaskan ke S.K Bukit Hijau,Pokok Sena.Masa tu bukan ada jalan elok pun macam la ni....Saya pun cuma tumpang sorang cikgu disitu dari simpang Hutan Kampung.Saya pergi jugakla,maklum...sekolah tu paling hujung daerah Kota Setar,kira okay lah tu...walaupun susah transport.Biasa,kami cikgu2 berjalan ramai2,sementara pegawai PPD 'potong' kami yang sedang berjalan ni..he,he.Depa plak yang sambut kami. kat pagaq,kami buat selambe derkk saja la.Biaq depa tau susah payah kami masa tu...Sekolah tu 1 aliran 1 kelas..jadi ada 6 kelas saja waktu tu.(Tapi la ni..Sekolah tu dah koi banyak bangunan dah,cantik pulak tu.Jalan ke Jabi pun dah elok dah.)Dulu mana ada..Jalan ke Jabi tu brbukit.Yang paling saya ingat masa kat sini tu,bila Gonzalez diadakan disitu..Aduh,duh,penuh kereta kebai dan askar2 kita dok meniarap  kat semak2 sekeliling sekolah tu.Kiranya,kami geng ppuan nak pi tandas pun seganlah.ha,ha..Bila time rehat,ada yg dok pstt kat kami.Tau pasai pa?.Bukan nak ngoratlah..he,he.Depa mintak cari budak beli ayaq ais kat kantin...Lawakla.Banyak jugak kenangan saya kat sini,sebelum berpindah ke S.K Tunku Abdul Halim utk 22 tahun!!!bersambung......

Esok,Genap 5 bulan kau pergi dik...

Dik Ija,

Esok 22.3.2012 genap 5 bulan pemergianmu dik.Tiap2 22hb sejak 22.10.2011 ,ada saja bapak kita buat sesuatu untuk memperingatimu adikku.Tadi pagi,bapak kita bagi 50 batang pensel dan pen utk kakak sedekahkan kepada kawan2 dan anak2 murid atas namamu..Setiap kali bapak kita berbuat begitu,hati kakak trsangat pilu dik.Kakak terlalu rindu pada adik..rindukan gelak ketawa adik,maklum,adik pendiam,tak seperti kakak yg potpet potpet ni.Jadi,segala gelak ketawa yg sekali sekala keluar itu,amat kakak rindui.Sapa yang tak sayang adikkan.?!.Walaupun 7 tahun beza umur kita,walaupun masakecik2 dulu kakak selalu 'mencemburui' diri mu dibelai emak dan bapak,tapi jauh disudut hati kakak,adiklah adik perempuan kakak yg amat kakak kasihi...Kita selalu kongsi apa2 bersama,Kakak teruk2 masak pun tak apa demi adik.Tak ada pernah adik sakitkan hati kakak selama kita membesar bersama. ya dik .Baru2 ini dik..kakak kerap balik kampung.Setiap kali melewati kawasan Ruat,kakak akan nampak gerai menjual siput lala disitu.Dan setiap kali kakak nampak maka airmata kakak akan mengalir deras dik..Kakak teringat permintaan terakhirmu,membuat rendang lala untukmu.....kakak berhenti disini dulu dik.Kakak teramat sedih.....
Cuti Mid-break.Ye,ye saya nak ikut kawan pi Kelantan.Umah kawan saya kt Kota Bharu.Wah,seronoknya bukan main..jaja kat oghang merata,habih ke pensyarah2 pun tau.Fizz nak pi Kelantan oi...Geng2 Kelantan semua pelawa pi umah depa.Tiba2..
nak dijadikan crita..,purse saya hilang!!.Duit simpanan dalam purse ada 350 lesap dgn I.C 2 saya sekali hilang.Aduh bayangkan mcmana saya punya keriyau!Lusa oghang nak pi dah wey..Member2 yg nak pi dgn saya,bawak saya pi balai buat report.

Di balai...

Saye nak buat report purse saye hilang..
Polis tu sua kat saya satu borang.Dia tengok saja kat saya.
Saya pun isi la borang tu..Dah habih isi..saya tanya lagi,Encik,ada lagi ke yg saye nak kena isi?.Pun polis tu tak kata apa.Dia dok baca salinan kad pengenalan yg saya ambik dlm fail maktab saya tu.Tak pa ya encik,saya balik dulu..sambey saya bangun dari duduk.Awat yang loqlaq sangat cikgu,sampai hilang purse ni..(trkejut saya,oghang Kedah rupanya).15 minit gakla dia dok berletiaq kat saya,seropa saya 'bini' dia..hahaha,tapi,oghang Kedah tetap oghang Kedah,dia kesian kat saya ni,dia bagi kat saya rm50 buat belanja

Tuesday, 20 March 2012

Anak Murid berjaya Pun Saya...

Pasai apa saya kata la ni kalau saya nak brcakap dgn budak2,saya akan pikiaq dulu sebelum saya cakap?.Satu hari...,x student saya mai di rumah mak saya,,mai nak jumpa saya.Saya tak dak di rumah masa tu..maka makpak sayalah yg melayan depa..Xstudent saya yg mai ni 4 oghang,semua cuti IPTA.Depa pun bukak crita depa kat makpak saya..Makcik,pakcik nak tau..saya ingat lagi,masa saya darjah 6,cikgu  Norhafizah..marah betoi kat saya satu hari tu.Dia kata 'kamu tak kesian ka kat bapak kamu?.Pak kamu keja LLN kan?Kamu tak kesian ka dok panjat tiang sambey buat kereja tu?!!.Berkesan sungguh kata2 cikgu tu,saya balik rumah saya tak lalu nak makan nasik.Makpak saya tanya pun saya tak jawab.Malam tu baru saya makan.Sejak tu saya berubah,saya mula tekun nak blajaq nak tolong pak saya.(Tak lama selepaih tu saya pun sampai di rumah..).,Mak saya punyala maghah kat saya dari budak2 tu ada sampai la 2 hari,tak habih2 lagi.Mak saya kata dia sedih dengaq cara saya maghah sampai budak tu tak lalu makan...Hang jangan buat dah lepaih ni fizah!!!baik mak,tapi saya balaih jugak pelan-pelan..anak murid berjaya pun cikgu kena maghah jugak,hai nasib,nasib

Hati Bersih Sebersih Kain Putih

Kemarin pagi,saya masuk ke kelas Tahun 1...Seorang anak murid datang dan membisikkan kat saya 'Teacher..hari ni besday saya.Nanti time sebelum balik abah nak bagi KFC kat kawan2 di kelas..Saya pun mcm biasa kata la...Hui...bestnyerr,KFC hmmmm yummy.Abah nak bagi kat teacher sama dak?.Dia trgelak,tak taula kata dia .Macam biasa2,saya kalau ada anak murid mai habaq,tak banyak,sikitpun mesti saya bagi jgk sikit angpow.Dia pun ucap terima kasih dan balik tempat duduk dia.Selepas mesyuarat lepaih sekolah,saya sedang berjalan bila tiba2 dia coih mai kat saya ...Teacher..,abah bawak mai kfc tu,tapi dah habih...,saya tak boleh nak bagi kat teacher(muka dia nampak muka frust sangat2)Alahai..tak pa aih..,teacher tak suka sangat KFC ni (trpaksa bohong sunat pasai tak mau hati dia terkilan sampai balik umah).Kita mana tau hati kanak yerr.Saya la ni cukup jaga hati budak2 ni,Saya serik.Saya ada crita tentang pasai apa saya nak ambik tindakan kat budak2,saya kena pikiaq habih dulu,baru nak kata..Nanti saya cerita na...

Terima kasih jugak kepada Zulkifli Bakar

Lawakla...bila lepaih sorang,sorang kawan2 mengajaq buat blog ni...Nak buat macamana dah tak reti...nak belajaqla.InsyaAllah...2 'Hero Malaya' terakhir telah dengan sabaq mengajaq saya.,En.Limehad ajaq create blog..,En.Zul ajaq bagi cantikkan background.Wah...bertuahnya saya..Jabatan mcm tau2 saja saya suka berfb dan berblog,saya jadi hakim Pertandingan Menulis Nilam Negeri Kedah hari ni...Member2 saya kata hah,fizah tutup 'warung' hari ni...(fb)la.Sori beb..,dah habis dah rait Nilam Bahasa Inggeris tu,tadi lagi...Keputusannya cukup membanggakan.Pemenang pertama buat satu karangan Bahasa Inggeris yang SUPERB kalah budak tingkatan 1 sekolah menengah rasanya.Saya bangga anak melayu kita yang menang tu..,dari daerah luar bandar tau...fuhhh.

Monday, 19 March 2012

Kenangan Mengusik Jiwa 9

Peristiwa ni berlaku pada waktu saya di Darjah 5.Saya kan selalu naik bas local Yan,Tg.Dawai Merbok,Satu hari oghang tak ramai dalam bas...Bas Mara punya la laju,mcm merempit,jalan Tg.Jaga pulak tu.Tiba2 sorang makcik trjatuh dari bangku bas,Kolet cepat2 nak pi tolong angkat makcik tu.Makcik tu tampaq2 kolet tu sambey dok maghah,'tak payah tolong,tak payah tolong!!,kolet tu pulak kata'apa ni..bukan salah saya,bukan salah saya...Drebar bas slow kan bas...sambey tersengih.'Nanti hang!!'jerit makcik tu.Saya turun dulu,tak dan nak tngok apakah makcik tu tampaq2 ka dak ka drebar tu....he,he

Kenangan Mengusik jiwa 10

Anda biasa tengok oghang pakai baju trbalik kan?.Saya ada satu cerita nak share...Masa tu kat Maktab Perguruan Batu Rakit,Kuala Terengganu...Masa tu bulan posa...Alah,bukan tak tau..bila dah jauh2 dari keluarga ni,nak bngun soq kena awai..maklum ramai pelatih.Meja makan grup lelaki bertentangan dgn grup ppuan.tapi agak jauh la..tak la mata betentang mata.he,he.Tengah2 gap tu..utk beratoq...1 baris laki2,satu baris lagi ppuan,queue nak ambik nasik takut takdan,habih waktu soq.Tengah kami grup ppuan dok makan dgn separuh sedar dan mengantuk tiba2 masuk mamat ni dalam dewan makan,kami yang mengantuk ni tiba2 trgelak besaq.Pasai pa? pakai baju trbalik ka?.Dak cek oi...dia pakai seluaq trbalik,yg kain poket putih tu 2,2 dok di luaq!!!!hahahahahaha....dia lari patah balik bilik,dengaq2 nya tak makan soq dah pagi tu.

Yes....hurt the deepest

"Love that we cannot have lasts the longest, is the strongest, and hurts the deepest." -Anonymous

Terima kasih kepada A.Ghozali Mehad

 Terimakasih kerana banyak bersabar denga n saya yang tahap 'pemulihan'bab2 komputer ni...Pengajaran Jarak Jauh  berjaya.Semoga Allah melimpahkan pahala yg tidak trhingga kepada keluarga you..Aaaamin

Dipetik dari Penggemar Buku Lama

Norhafizah Abdul Hamid Dikatakan adat pepatih - B.e.n.s.o.n -Bilo ekau nikah samo oghang nogori sombilan H.e.d.g.e.s -Harto ekau dan gaji ekau solosai !!!!!:)

831 to my frens

"831 means 'I Love You'8 letters3 words1 meaning."

Friday, 16 March 2012

Nyanyian kata hati

Senja,
Berulang rindu...,
dan ku,sebut namamu,
Dalam...suara yg bisu,
Engkau kah itu?

Dan ku..Ulang kembali,
Sewaktu dalam sunyi,
Nyanyian kata hati,Rindu kah itu...

Biarkan,kemesraan berlalu,
bersama kesunyian yang padu,
Akan ku sebut namamu selalu,
Namun ada rindu yang lebih dari itu...

Dan ku,ulang kembali...
Sewaktu dalam sunyi
Nyanyian kata hati
Engkau kah itu              Sudirman....

Syukur Ya Allah. satu demi satu masalah kuterlerai kini.....


Thursday, 15 March 2012

Hati Kawan-Kawan...

Kadang-kadang,aku heranla kawan2 ni...ada yang boleh bergurau hari ni,esok belum tentu lagi.Ikut suka dia saja..kalau kita buat macam tu balik macam mana?.he,he..Kadang2 ada jugak hasrat nak balaih dendam ni.Tapi,itu kurniaan Allah kepada makhluknya.Kawan kita...,kita sayang dan kasih kawan2 kita.Kena pulak bestfren,tempat kita mengadu segala mcm masalah kita.Kita terima sajalah...Dialah 'racun',dialah 'penawaq' he,he..Aku tak penah buat berangin2 dgn oghang,pasai tu agaknya bila aku menghadapi kawan2 sebegini,aku plak jadi bengang!!.Nak jaga hati kawan2 ni kadangnya macam nak jaga 'bom'.Aku bersyukur aku dilahirkan tidak berangin....Tiap2 hari aku ketempat kerja,biasa saja...senyum,gelak2,sembang usik mengusik,ada penah aku tarik muka??Hah,bukan begitu cara aku...Aku nak sapa2 yang berkawan dgn aku..sentiasa terhibur dgn aku disisi...

Abangnya Pelakon,adiknya penulis skrip


Tuesday, 13 March 2012

Selamat Datang keBlog Saya

Selamat Datang ke blog saya.Saya anak kelahiran Yan,Kedah 50 tahun yang lalu.Dibesarkan di Singapura sehingga Darjah 3 kerana bapa saya X Brittish Army di Changi,Singapura.Saya ada 2 adik(seorang lelaki/seorang perempuan yg dilahirkan di Hospital Changi).Bapa saya berasal dari Singkir Darat,Bedong sementara ibu saya pula berasal dari Yan.Kini,saya hanya mempunyai seorang adik sahaja,adik lelaki setelah kematian adik perempuan saya di tanah suci Mekah pada 22 Oktober 2011 yang lalu....Kematian adik saya amat merentap jiwa dan raga saya...Hanya rakan-rakan facebook yang banyak membantu emosi saya yang trtekan..