Friday, 6 April 2012

Kenangan bersama arwah ayah mertuaku...

Fizah,Fizah letakkan saja ikan2 tu..nanti abah siangkan kat luar ni ha..Eh,takpa lah bah...biarlah fizah yg siangkan...Alah..kojo sonang jo tu (ayah mertuaku dah mula keluaqkan bahasa minang dia,sebab depa oghang Minang Kuantan,bukan Minang Nogori..kelainannya,oghang nogori, cakap Den utk saya,tapi Minang kuantan sebut Aden...jadi,saya tinggaikan lah semua tu utk dia buat.Apo nak buek..hehe.saya sediakanlah saja rencah2nyerr.Ayah mertuo den ni suko Asam Podaih Tomeh( iras2 yg Melaka tu).Kek belakang rumah,ponuh pokok Ubi kayu dan Pokok bunga Kantan.Saya pun buat 'kow-kow'lah kek dio...salin resopi den ni ha,sapo2 yang sudi baco:

Asam Pedas Tumis Pak Mentua Den Suko..hehe/Pak mentuo den sayang kek den

1.Setengah kilo cili hidup (buang bijik cabai) /Ikan parang atau temenung
2.Bawang puith,7 bijik
3.Belacan sebesar ibu jari (biaqla belacan elok jgn kehong)
4.Blend ketiga2 bahan diataih....
5.hingga halus..
6.Panaskan minyak,tumis bwang putih hiris dan serai 2 batang yg telah dititik...tuang cabai blend tadi..Jangan buboh ayaq byk sangat,agak2 pekat sikit.masukkan sekeping asam gelugoq.kacau2,perlahankan api,masukkan sedikit garam dan sedikit gula...Buboh Ikan ,daun cenehom/kesom dan bunga kantan.biaq mendidih elok baru matikan api...
Kenapa buat dengan cabai hidup?Bukan cabai kering?Hah,jawapan dia..kalau bulan posa sesuaila dgn perut,tak pedaih sangat...Sayoq yg sesuai dimakan dgn asam pedaih tomeh ni..sayoq kacang panjang goreng.Selamat mencuba!

Kalau Ada Orang Sayang....

Kalau dah ada orang sayang,hargai lah kasih sayang orang itu,sebab..orang yang dah jatuh sayangkan kita,akan mendoakan semua yg baik2 untuk kita.Walaupun kadangnya.kita tak pernah suka lebih2 kat dia pun...tapi,bersyukurlah,ada jugak orang yg sayangkan kita.Kalau tak dak orang sayang kat kita,akan terasalah  sesuatu yang kurang didalam kehidupan kita nanti.Kita bukan perkatakan tentang kasih sayang ibu bapa adik beradik ni..Kita bercakap mengenai anugerah yg Allah dah berikan utk kita atau orang yg sayang kat kita tu..
Bukan perkara mudah nak dapatkan anugerah Allah itu..Dan,jika yang kita sayang pulak di anugerahkan orang lain pulak jatuh sayang kat dia..apa boleh buat,kita lepaskan saja dia pergi,kerana sedetik sayang dia beralih arah,hati kita sudah kita matikan utk sayangkan dia semula....hmmm,begitulah kehidupan,akan ada yang 'hidup' dan akan ada juga yg akan 'mati' Adios...hehe

Thursday, 5 April 2012

Dialog Rahsia Dgn Murid Tahun 1 he,he

Teacher Fizz,teacher fizz...(manjanya anak murid aku ni,anak murid lelaki)Ya saya...,pasai apa teacher Fizz pakai baju mak Arab hari ni?,(he,he soklan yg nak trgelak).Baju Mak Arab ka ni?.Ya la...mak Hajim kata,baju ni baju mak arab.Teacher Fizz nak pi Mekah ka macam tok wan Hajim?.Ya la..nanti teacher Fizz pi la.Tapi,teacher fizz bukan tua lagi..,mana boleh pi.(saya nak tergelak sangat2,persepsi budak2).Bukan orang tua saja boleh pi..orang muda pun boleh pi,budak2 besaq pun boleh pi..(dah koi ramai pulak mai kat meja saya).Awat teacher pakai pin  panjang tu?( dia maksudkan brooch saya pulak dah).Awat?Tak cantik ka?.Cantik,tapi mak Hajim kan,dia pakai pendek saja.Awat pin teacher panjang?.Biaqla!!Yang ppuan plak bercakap.Cantik pa.(yang ni lagi daring,dok urut2 brooch panjang saya pulak,kat bawah dagu).Adoi,saya buat2 sakit.Rupanya,Hajim(nama sbenaq,Hazim sudah mula marah!).apa la hang ni marah dia kat Syarpa .dia nak ketuk budak tu.Teacher Fizz sakit dak?.(saya nak tergelak.Pasai saya tipu sakit,budak lain nyaris2 nak kena)Daklah,sakit sikit2 saja.Hang jangan buat teacher dah tau,tau dak teacher Fizz nak pi Mekah mcm tokw an aku,kata dia kat budak ppuan tu)Ha,ha,ha..O.k2,teacher nak keluaq dah ni.Teacher Fizz nak pi mana?.teacher nak naik ataih,pi kelas darjah 6 pulak.Nak ikuttt,kata Hajim.Haih..mana bolehla..hahaha tergelak saya.Nanti teacher fizz mai lain tau..hehe.

Kenangan Mengusik Jiwa 16(Camping Oh Camping)

Anda suka pi camping?.Oh no..bg saya.Tapi dah jadi cikgu tu..kenala terlibat jugak.Satu hari kami kena bawak budak ke perkhemahan di area Gunong.kami cikgu2 ppuan ni kena pastikan budak2 kami makan cukup..bukan depa dan pun nak masak sendiri ,maklumla,budak2 sekolah rendah,tak reti pulak tu.Malam tu,selepaih campfire..saya pun dok bersiap nak balik rumah dah,sebab esok nak mai lagi.Tiba2 saya ternampak sorang anak murid saya dok pegang roti ditangan.Tangan sebelah lagi,dia pegang satu tin sardin kecik.Ait! Kamu nak buat apa tu?.Saya nak makan la cikgu...lapaq!.Lapaq??!.Hai..bukan ka baru saja lepaih makan?tanya saya.Dok biasa di rumah makan banyak2,lapaqla cikgu.Dia tokak roti benggali tu,pastu dia teruih tuang sardin tu dalam mulut dia..Ya Allah,hai..awat makan lagu tu?Marah saya.Lapaq cikgu...Menggeleng kepala saya kat dia.Mesti dia dah pernah buat kat rumah ni...Saya pun balik malam tu sambey terpikiaq,ada dak budak2 lain yg lapaq lagi malam tu..Esoknya,saya pi awai ..Eh,apa ni?tongkoi2 jagung berselerakan?.Dekat dgn khemah sekolah saya.Tiba2 mai sorang cikgu laki2 kat saya.Cikgu,hehehehe,dia trgelak.Saya nak habaq kat cikgu ni..Semalam,anak2 murid cikgu pi kepak jagung kat kebun belakang sekolah tu,depa bakaq dan makan.Ya Allah..malunya saya..Saya kumpoi depa dgn segera.Apa nak jadi dgn kamu ni ha?.Tak cukup lagi ka makanan yg cikgu2 bagi kat kamu?Kamu sanggup pi curi dan makan pulak tu..Kamu tau dak,berdosa?Makan benda yg haram?.Assalamualaikum cikgu.Ya,waalaikumusalam.Pakcik tuan punya kebun jagung mai..Tak pa,saya dah halaikan,biaq pi lah cikgu.Ni saya sedekah kat cikgu2,bedak2lah ya..Merah padam muka saya.Pasai???Pasai budak2 saya dok tersengih kat saya.Sengih ada makna tu..nanti hampa!!!

Sunday, 1 April 2012

Saya terkejut ka?Dia yang terkejut?

Peristiwa ni terjadi di stesen bas Jalan Langgaq,opposite lorong sempit/lorong Seneghih.hehe..Saya macam biasa nak balik rumah dari tempat tuisyen di Jalan Pegawai...Bas yang tak jalan lagi banyak dok stranded kat situ...Saya pun tak larat nak berdiri dah,saya pun naikla bas Jln Day masa tu..Ada la 5,6 oghang yang dok ada ataih bas tu...Saya duduk ditepi tingkap.Tiba-tiba gedeguq duduk seorang lelaki tepi saya.MasyaAllah,orang gila yg depa dok crita tu...Oghang gila ni sentiasa pi duduk tepi orang ppuan dengaqnya...saya automatik bangun berdiri,Tepi!! Saya nak lalu! Saya kuatkan suara.Dia boleh buat derrkk saja.Tepi la! saya nak lalu !.Saya tau...penumpang lain dah mula tengok kat saya...Isyh,nah ambik kau! Dia tak bagi saya lalu,saya buat apa tau.Saya lalu jugak dengan cara saya pijak ataih riba dia.Adoi dia menjerit.Saya cepat-cepat lari turun naik bas lain,Saya beralih belakang jugakla takut2 dia ligan saya,haha.Dak,dia tak ligan.saya pun tak tengok dah apa penumpang lain buat.Fuh!!Serik saya,lain kali kalau naik bas,tak mau duduk dah tepi tingkap.Saya rasa2,dia yang terkejut kat saya,hehe...masa tu umoq baru 15,
Kisah Arwah YDP bhg 2

Kalau tak dak oghang Kedah,mungkin akan sunyi asrama tu..Ydp kalau ada geng2 pompuan dok senyumm2 kat dia,dia akan kata 'Ha...jangan nak ngorat!ngorat!Menyesai nanti,keturunan aku mati awai...nanti hampa jadi janda awai,tak pecaya tanya Fizz.Memang saya akui..secara kebetulan saya ada di hospital melawat tok saya,dia boleh relax saja mai habaq kat saya,emak dia baru habih umoq.dok gelak,gelak lagi.Isyh kagumlah saya.tabah sungguh dia.kalau dia main piano pulak,mesti saya la penyanyi nya,lagu minang Kaparinyo.hehe.kawan2 persatuan bagi tepukan lah kat kami.Dia kata,hampa tepuk kat aku kat fizz?Depa jeit ramai2 'dekat Fizz' hahahaha.Satu hari depa nak pekena dia.Depa tengok dia masuk tidoq bilik no.8,depa tukaq no.bilik jadi no.14.Bila dia bangun pagi esok tu..dia dah pening,Ait,awat no.14 ni...hhehehe.Kami ingat nak biaq dia suspen saja,tak mau habaq,rupa2nya dia bawak masuk dalam mesyuarat ajk hari tu!!.Dia kata dia dok heran macam dia yg badan besaq tu boleh hantu angkat pi bilik lain..hehehe.Kami punya la gelak...sakit2 perut.Last sekali trpaksa la geng2 ajk laki2 mintak maaf depan pensyarah tu..Tapi aku tabik dia sebab,masih sporting trgelak kawan2 buat macam tu.....Sekian....

Kenangan seorang kawan....

Sunyi nyerr hari ni?.Mai saya nak crita tentang sorang kawan...Tak elok sebenaqnya saya nak crita,sebab dia dah meninggal lebih 10 tahun yang lalu...Tapi saya nak crita jugak.Crita dan ingatan kepada seorang sahabat yang amat baik...takpa kot,bukan saya nak crita yg buruk2kan....Saya ada seorang kawan,biaqla saya sebut disini dia sbg YDP sebab apa?Sebab dia ni Pengerusi asrama kami....Kami AJK under dia la.haha.Saya dan YDP ni oghang Kedah.Kami macam dgn geng2 Kedah yg lainla,suka bergurau,suka buat perkara2 yg melucukanlah.YDP kami ni,kalau dekat waktu soq diasrama,dia pi dekat2 asrama kami tu,dia pi berkokok.KOKOK OT,OT.KOKOK OT OT..habih semua asrama pompuan pakat tergelak.Nanti saya sebagi Ketua blok akan pekik,HINGAQLA WOI,SEMBELIH BARU TAU!!.Habih pakat riuh tergelak.Dan yang paling seronok sekali masa sebelum balik raya di kampunglah.Saya mintak dia berdiri di luaq pagaq,temankan kami yg dalam bangunan nak lawan berpantun antara 2 blok.Kami pasang lilin banyak2 kat tembok bg ada suasana raya.Maka kami pun pakat lawan pantun.Terjerit2 jugakla,riuh rendah pakat dok gelak.'Hafizah!!' .alamak! warden saya pun mai...Awak semua buat apa malam2 lewat ni?!.tiba2 YDP yang dok tercongok diluaq pagaq bersuara..'Puan,sorry puan.Fizz dah habaq dah depa nak berpantun,ni saya dok pantau depa la ni kat luaq' .Puan tiba2 jadi sportingla,tersenyum dan tinggalkan kami.Kami buat isyarat macam2 tanda best kami kat YDP.Sambung balik berpantun tu sampai tengah malam.hehe.Ydp ni seorang yang pandai main piano,anak2 Kedah semua bangga ada dia.Dia dan Pensyarah kami la yang mencipta lagu Maal Hijrah dan menang dan diguna sampai la ni.Maka setiap kali lagu tu berkumandang,saya sedekahkan Alfatihah utk dia..Aaamin